Mudah saja. Untuk Produk Dari Katalog - Terutama Cadar
Selepas menerima borang tempahan melalui email, Chetam akan konpemkan order sebelum buat tempahan pada stokis.
Ada beberapa syarat yang Chetam kenakan.
1. Tempahan pada stokis hanya dibuat setelah konpem pesanan. Pelanggan perlu membalas email yang Chetam hantar.
2. Setelah pesanan sampai pada stokis, Chetam akan sms atau email untuk memberitahu jumlah yang perlu dibayar dan juga nombor akaun. Boleh pilih sama ada akaun Maybank, Public Bank atau Bank Islam.
3. Setelah konpem pembayaran diterima, baru Chetam akan ambil pesanan dari stokis. Ini terpaksa dilakukan kerana ada beberapa kes yang pesanan telah Chetam bayar dan ambil dari Stokis tapi pembeli mendiamkan diri.
4. Penghantaran akan dilakukan melalui Pos Daftar atau Pos Laju. Kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. Untuk Cadar Pengantin, kos POS Laju boleh mencecah RM30.00. Begitu juga untuk cadar yang dapat cadar percuma. Kos penghantaran dengan POS Daftar mungkin separuh lebih murah dari POS Laju tetapi tempoh penghantaran adalah juga lebih lama.
Maaf kerana Chetam tidak akan menanggung sebarang kos penghantaran kerana harga produk adalah seperti yang tertera dalam katalog. Chetam dapati ada penjual yang menawarkan penghantaran percuma melalui POS Daftar setelah mereka meminda harga di katalog.
5. Pembeli boleh juga mengambil sendiri sama ada dari rumah Chetam di Bandar Teknologi Kajang atau ofis di Plaza Damansara. Pembeli masih perlu membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mengambil barang.
Untuk Barangan Kristal
Pertama - Ambil ukuran tangan atau kaki atau labuh untuk rantai leher.
Kedua - Email Chetam di chetam1@gmail.comdan nyatakan ukuran, paten/design
Ketiga - Konpemkan order anda
Keempat - Setelah tempahan anda siap, anda akan diberitahu untuk urusan pembayaran.
Kelima - Pembayaran melalui Maybank, CIMB atau Public Bank. Nombor akaun akan diberikan setelah tempahan dikonpemkan.
Keenam - Tempahan anda akan dihantar melalui perkhidmatan POS LAJU. Pos Ekspres tidak dibenarkan kerana Chetam pernah kehilangan gelang tangan kristal kerana kotak tak muat masuk peti surat.