29 Jun 2009

KELAS COKLAT DI CHOCOLATE DE CHETAM





Sekiranya anda berminat. terdapat kekosongan pada hari Sabtu(4/7/2009) dan Ahad(5/7/2009). Sila email atau sms untuk buat tempahan kelas lebih awal kerana Chetam perlu menyediakan tools secukupnya.

Misi Penting
Membuat kandi dari coklat couverture dan compound dengan cara yang paling mudah. Anda akan diajar teknik "tempering" coklat couverture yang mudah dan boleh dilakukan di rumah TANPA mengunakan marble slab atau memerlukan bilik yang berhawa dingin. Yang penting selepas selesai menghadiri kelas, anda boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan HOMEMADE CHOCOLATE yang HALAL dan bermutu tinggi. Setanding dengan jenama besar seperti CADBURY atau Vochelle.

Apa yang anda akan belajar.
  1. Cara membuat inti coklat "ganache" - pilihan perisa strawberry, coklat, oren, blueberry
  2. Cara membuat coklat berasaskan coklat converture menggunakan Milk Chocolate - Coklat Kekacang, Coklat Praline dengan perisa pilihan
  3. Cara membuat coklat berasaskan coklat compound menggunakan Dark Chocolate - Coklat Hitam perisa Peppermint
  4. Cara membuat coklat berasaskan coklat compound menggunakan White Chocolate - Coklat Praline dengan perisa pilihan
  5. Cara menyucuk lidi pada coklat untuk membuat LoliChoc
  6. Demo membuat Truffles yang mudah
Tips:
Permilihan dan penjagaan acuan coklat
Sumber mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap
Menyimpan dan membungkus coklat

Yuran adalah sebanyak RM 250 dan berikut adalah apa yang akan diberikan semasa kelas.
  • Nota ringkas berserta FAQ (persoalan berserta jawapan yang akan membantu semasa membuat kandi di rumah)
  • Bahan-bahan coklat yang akan digunakan semasa hands on - coklat converture,compound, ganache untuk filling coklat, kekacang seperti badam, hazel nut atau gajus
  • Peralatan atau tools membuat kandi - food warmer, mangkuk stainless steel, spatula plastik, scrapper plastik, acuan dan kain tuala - anda boleh membawa pulang tools ini selepas kelas selesai
  • Bekas plastik untuk mengisi kandi atau coklat yang siap untuk dibawa pulang
Apa yang anda perlu bawa semasa menghadiri kelas.
  • Apron sekiranya anda tidak mahu pakaian anda terkena coklat
  • Pen sekiranya anda perlu mengambil nota sendiri
  • Wang lebih sekiranya anda ingin membeli coklat dan acuan tambahan
Terhad untuk 3 orang setiap kelas. Sila email atau sms untuk book kelas anda.
Setiap Sabtu atau Ahad (10 am sehingga selesai).
Snek ringan akan disediakan.

CHOCOLATE de CHETAM
VP01-41, Vista Perdana, Jalan 3/16
Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang
43500 Semenyih
Selangor
HP: 012-2650314
EMail: chetam1@gmail.com