1 Apr 2009

PENGUMUMAN PENTING!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah berfikir sedalam-dalamnya, Chetam mengambil keputusan untuk memberhentikan buat sementara penjualan barang-barang dari katalog seperti cadar dan blouse.

Sekarang tiada lagi perkhidmatan bas ke stokis dan kalau Chetam ambil teksi pergi dan balik dari stokis ke rumah Chetam, tak berbaloi la pulak sebab apa yang tinggal untuk Chetam. So buat masa ni Chetam tak nak lagi jual produk katalog. Kena tunggu sampai Chetam mula belajar memandu dan ada kereta sendiri baru Chetam mulakan semula penjualan produk katalog.

Buat masa ni, produk lain seperti baju hujan, set alat tulis, kristal, tudung dan baju anak gadis masih lagi dijual seperti biasa.

Dan InsyaAllah, akan datang Chetam akan mula bisnes HANDMADE CHOCOLATES. Kalau nak belajar cara-cara membuatnya pun InsyaAllah Chetam akan buat kelas ikut permintaan.

Nantikan blog terbaru Chetam - Chocolate de Chetam!!!

Chetam

No comments: