24 Oct 2007

Set Kristal Taukeh Restoren Bandar Teknologi Kajang bernilai 1 Juta Rupiah

Set kristal 14K yang ditempah oleh Taukeh Restoren BTK. Terdiri dari rantai leher, rantai tangan, anting-anting dan pin tudung (bukan 14K).

Nilainya ialah 1 Juta Rupiah.......harga dalam ringgit.....kena convert sendiri la....hehehehe

8 Oct 2007

Koleksi Rantai Tangan dan Leher Sherry

Koleksi rantai multi-kalers yang ditempah oleh Sherry. Gelang rodelles tu dah tempah lama dulu tapi dah putus so repair sekaligus.

Tempahan untuk penghantaran sebelum Hari Raya telah ditutup. Tempahan baru yang diterima akan diproses selepas hari raya. Harga juga akan kembali kepada harga asal kerana diskaun Hari Raya akan tamat bila-bila masa.

Gelang Kaki Sepupu Sepapat

Rantai kaki ni ikut design rantai tangan yang dibelikan oleh kakak sepupu sepapat Chetam ni. Bezanya, rantai tangan guna kristal bulat dan mutiara 8mm sementara rantai kaki guna kristal bulat dan freshewater pearls 6mm. Siksa membuatnya sebab panjang. Abis wayar 14K.

18 Sept 2007

Lagi tempahan dari Tokeh Restoren BTK

Hari tu tokeh restoren tu dah tempah 4 utas rantai tangan. Kali ni oder lagi 4 utas. Masih paten yang sama tetapi warna terpulang pada Chetam.....so apa lagi.....ini la paten caca marba...hehehehe



12 Sept 2007

SALAM RAMADHAN DARI CHETAM SEKELUARGA

Brooch Pin Lampin Batu Akid

Pembantu kedai supplier kata ni Batu Akid. Chetam tak pasti tapi ceria jer design pada batu-batu ni. Saiz pin adalah medium, kecil sedikit dari pin yang sebelum ni.

Harga : RM6.00 tanpa kos penghantaran
Harga : RM8.50 dengan kos penghantaran(Chetam akan hantar guna sampul surat Pos Ekspress RM2.50. Kotak tidak akan disediakan).
Pembelian lebih dari satu, kos penghantaran masih RM2.50

Set Fresh Water Pearls - Rantai Leher, Gelang Tangan dan Anting-Anting


Set Freshwater Pearls terdiri dari rantai leher (80cm), rantai tangan dan anting-anting 925 Silver.
Harga rantai leher - RM105.00

Close up Anting-anting - Kombinasi Pearls, 8mm kristal bulat dan rodelles
Harga Anting-anting = RM20.00

Close up rantai tangan. Pilihan sama ada tali tigertail dengan cangkuk atau diikat dengan getah. Chetam lebih suka tigertail sebab tahan lama.
Harga Gelang (bercangkuk) = RM30.00
Harga Gelang (bergetah) RM25.00
Harga gelang 2 lapis = RM45.00

10 Sept 2007

Fresh Water Pearls - Belum ada tuanpunya







Kalau berkenan, sila email chetam1@gmail.com. Ready stock - warna merah, aquamarine dan hijau. Merah dan Aquamarine mempunyai design yang sama.

Saiz mutiara ialah dalam 6mm, berbentuk bujur. Dicantikkan dengan kristal bicone 6mm dan spacer yang berbatu hiasan.